YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

KERAJAAN NEGERI PAHANG LULUS RM280,000 BAIK PULIH SMA AL MAIDAH

Oleh : Fairus Mohd

KUANTAN, 9 OGOS 2023 : Kerajaan Negeri Pahang meluluskan peruntukan sehingga RM280,000 bagi kerja-kerja baik pulih kerosakan yang dialami Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Maidah Addiniah Padang Tengku, Lipis akibat kejadian ribut pada 5 Ogos lalu.

Keputusan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) itu diumumkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, menerusi peruntukan tersebut kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dapat dilakukan di kawasan yang rosak akibat bencana yang berlaku.

“Saya berharap kerja-kerja pembaikan ini dapat disegerakan bagi memberi keselesaan kepada para pelajar terutamanya yang tinggal di asrama,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, ribut kuat telah menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung kolah mandi pelajar lelaki serta bumbung dan siling dapur dewan makan asrama. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram