Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli ke Acara Royal Pahang Dragon Boat Regatta 2023 Pesta Kuantan 188 di Kuantan 188 hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG SAKSI ACARA ROYAL PAHANG DRAGON BOAT REGATTA 2023

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 31 JULAI 2023 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli ke Acara Royal Pahang Dragon Boat Regatta 2023 Pesta Kuantan 188 di Kuantan 188 hari ini.

Baginda yang berangkat tiba telah berkenan menyantuni para peserta di Jeti Jabatan Laut Negeri Pahang serta rakyat jelata yang hadir.

Baginda kemudiannya telah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Dragon Boat Regatta 2023 di Pentas Utama Kuantan 188.

Turut hadir mengiringi, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Trinidad Group, YH. Dato’ Indera Naresh Mohan; Pengarah Urusan Menara Kuantan 188, YH. Dato’ Zulkifli Mohamad; Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Cik Leong Yu Man; Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib; Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamad Kamal; dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu bagi kategori Pahang Closed Race (Terbuka) diungguli oleh Polis DiRaja Malaysia Pahang (RMP Pahang), diikuti Pahang Hiker Dragon Paddler 2, dan tempat ketiga dimenangi Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Manakala bagi kategori Pahang Closed Race (Kategori Campuran), dijuarai oleh Polis DiRaja Malaysia Pahang A (RMP Pahang A), Panching Utara A; diikuti oleh RMP PAHANG B.

Bagi kategori Pahang Open Race pula diungguli Politeknik MT, diikuti Kanu Putra A, dan RMP Pahang.

Sebanyak 35 pasukan telah menyertai pertandingan bot naga yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dan berakhir pada hari ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram