Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamed Kamal ketika hadir pada Majlis Makan Malam dan Penutup Karnival Sukan, Kesenian dan Kebudayaan MAYC Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan.

RM4 JUTA BANGUNKAN BELIA PAHANG

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Radin Mohd Norhafizan Nordin dan Nur Iman Mohd Hafiz Andrew

KUANTAN, 25 JUN 2023 : Pembangunan belia dan anak muda di Pahang menjadi agenda utama apabila Kerajaan Pahang telah menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) yang dapat dimanfaatkan oleh semua pertubuhan dan persatuan belia di negeri ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamed Kamal berkata, usaha ini menunjukkan kesungguhan kerajaan yang komited membangunkan belia dari segala aspek.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamed Kamal ketika hadir merasmikan Majlis Makan Malam dan Penutup Karnival Sukan, Kesenian dan Kebudayaan MAYC Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan.

“Kerajaan Pahang telah meluluskan peruntukan RM4 juta kepada Majlis Belia Negeri Pajang bagi melaksanakan pelbagai program yang akan dilaksanakan bermula Jun sehingga hujung Disember tahun ini.

Saya minta saudara Izzat dapat memanfaatkan peruntukan ini kepada belia kerana menyedari peranan yang harus dimainkan para belia di Pahang dan peruntukan ini termasuklah untuk MAYC,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Makan Malam dan Penutup Karnival Sukan, Kesenian dan Kebudayaan MAYC Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan.

Hadir sama ialah Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Encik Mohd Izzat Afifi Dato’ Haji Abdul Hamid, Presiden MAYC Kebangsaan, Encik Mohd Al-Hafizi Haji Abu Bakar dan Pengerusi MAYC Negeri Pahang, Encik Zafril Nasir.

Dalam ucapannya, beliau berkata, golongan belia dan anak muda merupakan perintis masa depan negara dan seharusnya mempunyai matlamat yang tinggi dalam kehidupan dengan menimba ilmu hingga ke menara gading.

“Selama ini kita dididik oleh guru kita agar belajar bersungguh-sungguh hingga ke universiti, keluarga juga berpesan perkara paling penting dalam hidup ialah belajar tinggi-tinggi hingga ke menara gading,” katanya.

Beliau turut menyeru golongan belia MAYC agar dapat membantu membangunkan golongan tersebut di luar sana dalam mendepani cabaran pada hari ini.

Karnival Sukan, Kesenian dan Kebudayaan MAYC Kebangsaan kali ini telah disertai 12 negeri di Semenanjung dengan penglibatan kira-kira 600 peserta.

Karnival ini juga telah mempertandingkan tujuh acara sukan iaitu Nyanyian Irama Malaysia, Badminton, Futsal Wanita, e-Sport, Sepak Takraw, Bola Sepak dan Bola Jaring. – PAHANGMEDIA

This will close in 0 seconds