YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi waris keluarga jemaah haji Pahang yang meninggal dunia di Tanah Suci Mekah, Allahyarhamah Salinda Musni Salehan, 57, pada 4 Jun lalu akibat komplikasi jantung.

MB ZIARAH WARIS JEMAAH HAJI MENINGGAL DI MEKAH

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS, 15 JUN 2023 : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi waris keluarga jemaah haji Pahang yang meninggal dunia di Tanah Suci Mekah, Allahyarhamah Salinda Musni Salehan, 57, pada 4 Jun lalu akibat komplikasi jantung.

Pada kunjungan itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkesempatan meluangkan masa bersama bersama anak bongsu Allahyarhamah, Puan Siti Nurfatihah Md Amin, 26, dan ibu Allahyarhamah di kediaman neneknya di Sungai Koyan 2, di sini.

Siti Nurfatihah Md Amin, 26

Sementara itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berharap agar keluarga mangsa dapat bersabar dan tabah dalam menerima pemergian Allahyarhamah.

“Saya harap keluarga dapat bersabarlah, kita pun tak sangka beliau pergi itu adalah pemergian yang terakhir, InsyaaAllah,” katanya selepas menyampaikan bantuan peribadi dan sumbangan Kerajaan Pahang kepada waris Allahyarhamah.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Hadir sama ialah Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang, YH. Dato’ Hamdan Hussin dan Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

Sementara itu, Puan Siti Nurfatihah yang tinggal bersama ibu bapanya sebelum ini turut berkongsi kesedihan pemergian ibunya yang hanya ditemani ayahnya, Encik Md. Amin Ithnin, 61, di ketika menerima rawatan di Pusat Rawatan TH di Makkah.

Menyifatkan ibunya seorang yang sangat baik terhadap semua ahli keluarga dan kenalan, pemergian Allahyarhamah sememangnya sangat memberi kesan mendalam kepada Siti Nurfatihah sekeluarga.

Justeru, Nurfatihah bersama keluarga sangat menghargai keprihatinan Kerajaan Pahang menerusi YAB Menteri Besar Pahang yang sudi menziarahi keluarganya untuk sama-sama berkongsi kesedihan.

“Terima kasih kepada Dato’ Sri Haji Wan Rosdy sebab memberikan sumbangan kepada saya dan nenek saya, terima kasihlah kepada semua yang datang daripada Kuantan,” katanya.

Allahyarhamah Salinda Musni merupakan jemaah haji pertama yang menghembuskan nafas terakhir di Meselepas berlepas ke sana pada 22 Mei lalu bagi menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Encik Md. Amin.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy menerusi hantarannya di Facebook turut memaklumkan bahawa pihak Tabung Haji juga telah menguruskan Badal Haji untuk Allahyarhamah. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

This will close in 0 seconds