Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato' Sri Mohamad Najib ketika menjawab soalan ADUN Semambu, YB Encik Chan Chun Kuang berkenaan fasiliti dan pemudahcara yang diperkenalkan kepada pelabur-pelabur di negeri ini pada sesi soal jawab sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

SIDANG DUN : PAHANG LAKSANA PELBAGAI INISIATIF TARIK PELABUR

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 11 MEI 2023 : Pelbagai inistiatif diambil Kerajaan Negeri Pahang bagi menarik pelabur-pelabur asing dan domestik melabur di negeri ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib berkata, antaranya fungsi Bahagian Pelaburan dan Penswastaan (BPP) sebagai One Stop Centre Agency bagi memudahcara urusan pelaburan bersama syarikat-syarikat berkait Kerajaan serta agensi-agensi teknikal di peringkat Negeri dan Persekutuan.

“Selain itu, Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) juga telah membangunkan laman sesawang investpahang.com sebagai usaha mempromosikan maklumat-maklumat berkait peluang pelaburan negeri selain membangunkan system Invest Pahang Business Suite.

“Pelabur-pelabur yang layak juga ditawarkan memohon insentif-insetif daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan agensi-agensi pusat lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Semambu, YB Encik Chan Chun Kuang berkenaan fasiliti dan pemudahcara yang diperkenalkan kepada pelabur-pelabur di negeri ini pada sesi soal jawab sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram