Gambar hiasan

SIDANG DUN : KEMAMPUAN PAHANG TARIK PELABUR PERLU DIPUJI – ADUN BESERAH

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 10 MEI 2023 : Kemampuan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menarik hingga RM20 bilion nilai pelaburan perlu dipuji.

Perkara berkenaan disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, YB Tuan Haji Andasura Rabu (PAS) yang turut berkongsi rasa bangga dan ucapan tahniah terhadap pencapaian cemerlang itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, YB Tuan Haji Andasura Rabu ketika sesi perbahasan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini

“Pemangku Raja Pahang sendiri telah menyatakan kegembiraan baginda di atas kejayaan Kerajaan Negeri menarik nilai pelaburan sebanyak RM20 bilion iaitu merangkumi RM11 bilion pelaburan asing dan RM9 bilion pelaburan domestik.

“Saya ucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana telah berjaya menarik pelabur untuk datang melabur ke negeri Pahang, sudah semestinya ia bukan satu tugas mudah untuk menarik pelaburan terutama sekali dalam pasca COVID-19 ini setiap negeri bersaing untuk mendapatkan pelabur dan meningkatkan serta memacu ekonomi negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram