Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika ketika menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, YB. Encik Hasan Omar berkenaan peruntukan membaiki jalan-jalan Persekutuan dan Negeri mengikut daerah-daerah dalam Negero Pahang pada tahun 2023 semasa Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini

SIDANG DUN : KERAJAAN PAHANG MOHON RM414 JUTA BAIKI JALAN DI PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 09 MEI 2023 : Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan sebanyak RM414 juta bagi tujuan membaiki jalan persekutuan dan negeri di seluruh Pahang bagi tahun 2023.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata permohonan peruntukan dan kelulusan diterima ini adalah bagi pembaikan struktur pavemen jalan persekutuan dan jalan negeri.

“Kerajaan Negeri telah memohon sebanyak RM414,290,423.05 bagi kos pembaikan jalan persekutuan. Namun demikian kelulusan peruntukan pembaikan jalan persekutuan sehingga 7 Februari 2023 sebanyak RM47,788,500.

“Bagi kos pembaikan jalan negeri pula sebanyak RM200.4 juta telah dimohon bagi baikpulih jalan negeri, kampung, peruntukan MARRIS. Namun bagi agihan peruntukkan diterima setakat 7 Februari 2023 adalah sebanyak RM72.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, YB. Encik Hasan Omar berkenaan peruntukan membaiki jalan-jalan Persekutuan dan Negeri mengikut daerah-daerah dalam Negero Pahang pada tahun 2023 semasa Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Beliau berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang telah menerima sebanyak RM80,349,825.09 bagi 2022 bagi bayaran kemajuan projek naiktaraf dan bina baru infrastruktur jalan.

“Lokasi laluan yang dimaksudkan ini merupakan Jalan Persekutuan FT236-FT1500. Pihak JKR Pahang telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi pembaikan jalan kepada pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), JKR Malaysia pada 3 Januari 2023 untuk pertimbangan dan kelulusan oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR). Kerja-kerja pembaikan hanya akan dilaksana setelah kelulusan peruntukan dari KKR diperolehi kelak.

“Untuk makluman, JKR Pahang telah menerima RM 80,349, 825.09 pada Tahun 2022 bagi tujuan bayaran kemajuan projek naiktaraf, bina baru infrastruktur jalan di bawah KKDW dan JAKOA. Ini tidak termasuk kerja-kerja yang dilaksanakan oleh KKDW dan JAKOA sendiri atau agensi lain.

“Namun demikian kelulusan peruntukan pembaikan jalan persekutuan sehingga 7 Februari 2023 sebanyak RM47,788,500,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram