Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 09 MEI 2023 : Kerajaan Pahang mengambil alih 10 tapak Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang telah terbengkalai dari pihak FELDA bagi dibangunkan semula bermula April 2021 melalui kaedah kerjasama dengan pihak pemaju.
Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Tuan Ir Razali Kassim berkata, Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan sebarang peruntukan kewangan sebaliknya memperolehi pendapatan dari pembangunan ini.
“Bagi Projek Rumah Pahang di FELDA Sungai Retang sebanyak 400 unit akan dibina secara berfasa di mana pembangunan fasa 1 dijangka siap pada Disember ini.
“Projek Rumah Pahang (PRP) di FELDA Sungai Retang, sebanyak 400 unit akan dibina secara berfasa dimana pembangunan fasa 1 melibatkan baik pulih 104 unit dan dijangka siap pada Disember 2023.
“Permohonan bagi Rumah Pahang telah dibuka bermula 11 November 2022 dan boleh dimohon melalui Sistem e-Perumahan berdasarkan kelayakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkenaan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di FELDA Sungai Retang semasa Pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.
Tambah beliau lagi, pembeli PRP boleh memohon pinjaman Perumahan menerusi institusi kewangan atau Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
“Jualan akan dibuat melalui perjanjian jual beli (Sales and Purchase Agreement) diantara pembeli dan pemaju selepas pembeli lulus semakan kelayakan sebagaimana syarat-syarat di para 2 di atas.
“Pembeli boleh memohon pinjaman Perumahan menerusi institusi kewangan atau Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Pemohon hendaklah mendaftar melalui e-perumahan untuk tapisan kelayakan.
“Projek Rumah Pahang ini 100 peratus dikhususkan generasi kedua peneroka FELDA atau seterusnya yang menetap atau bekerja di Negeri Pahang di dalam kawasan berkenaan sahaja atau dalam gugusan yang sama. Keutamaan diberikan kepada pemohon di kawasan rancangan yang sama; dan status pemilikan rumah adalah pajakan,” katanya. – PAHANGMEDIA