Kenyataan Media| Bantuan Khas Aidilfitri Kategori Pesara Kerajaan Negeri

BANTUAN KHAS AIDILFITRI KATEGORI PESARA AKAN DIKREDITKAN KE AKAUN

Oleh : Fairus Mohd

KUANTAN, 18 APRIL 2023 : Kerajaan Negeri Pahang akan membuat pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri kategori pesara secara pemindahan ke dalam akaun pesara yang layak.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak berkata, bayaran tersebut akan dikreditkan ke akaun pesara melalui EFT secara berperingkat dan dijangka selesai sebelum berakhir Syawal.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira faktor logistik, keselesaan dan kemudahan para pesara menjalankan inisiatif yang telah diumumkan sebelum ini.

“Kerajaan Negeri Pahang mengambil maklum mengenai kenyataan yang
tular di aplikasi WhatsApp mengenai sesi pemberian Bantuan Khas Aidilfitri kategori pesara Kerajaan Negeri.

“Sebagai makluman, perkara tersebut adalah antara perancangan awal Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan penerima tidak perlu berdepan dengan kesulitan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram