Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhun Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat Majlis Perasmian Masjid Kampung Baru, Bentong serta berbuka puasa bersama rakyat jelata.

KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN NAMAKAN MASJID KAMPUNG BARU SEBAGAI MASJID TUNKU AZIZAH ISKANDAR

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 26 MAC 2023 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menamakan Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar.

Baginda yang berangkat tiba pada 6.15 petang berkenan merasmikan masjid tersebut seterusnya berkenan menamakan masjid berkenaan dalam Majlis Perasmian Masjid Kampung Baharu dan Majlis Berbuka Puasa.

Baginda dalam titah perasmian turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang diatas pembinaan masjid yang mula beroperasi pada 2020.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri juga kerana telah membina masjid yang begitu cantik berharga RM5 juta,” titah baginda.

Masjid Tunku Azizah Iskandar ini mula dibina pada 2016 di atas tanah seluas 0.607 hektar dan dapat memuatkan 1,100 jemaah dalam satu-satu masa yang turut menempatkan dewan kuliah, tandas, serta stor.

Berangkat mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; isteri YAB Menteri Besar Pahang, YABhg. Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Johari Harun dan barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan memerlukan sebelum menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta tarawih di masjid berkenaan.

Dalam persembahan ucapan, YB. Dato’ Sri Johari berkata dalam tempoh lima tahun bermula 2018 sebanyak 15 buah masjid baharu telah siap dibina dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM58.4 juta.

“Selain itu, mash terdapat 16 buah masjid yang sedang dalam pembinaan dengan peruntukan sebanyak RM47.1 juta dan sebanyak 17 buah masjid lagi akan dibina yang melibatkan peruntukan sebanyak RM80 juta.

“Ini menjadikan jumiah keseluruhan bagi 48 buah masid melbatkan peruntukan sebanyak RM185.5 juta,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram