YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri kepada seorang penerima hari ini.

6 PENERIMA TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS, 18 MAC 2023 : Seramai enam penerima telah menerima sumbangan masing-masing daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM23,000 yang telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Kesemua sumbangan yang disampaikan itu berupa cek bantuan rawatan perubatan dan penganjuran aktiviti sukan bola sepak serta barangan peralatan.

Antara sumbangan diberikan termasuklah Surau Al-Falah di Pos Betau, Lipis yang telah menerima bantuan peralatan bagi membaiki pam air dan saluran bagi surau berkenaan berjumlah RM2,000.

Empat penerima lain telah menerima sumbangan rawatan perubatan dengan jumlah keseluruhan RM18,000.

Manakala RM3,000 sumbangan telah diberikan kepada Pasukan Keledek FC Kampung Keledek bagi menjayakan Program Liga Emas Bola Kuala Lipis 2023.

Turut hadir pada acara ringkas itu ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Dato’ Ramli Dato’ Mohd Noor, Pegawai Daerah Lipis, YH. Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim dan pemimpin setempat.

Kerajaan Pahang sentiasa prihatin terhadap rakyat di seluruh negeri dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan secara berterusan demi memastikan kesejahteraan rakyat. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram