YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Penyerahan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah) Tajaan Yayasan Pahang Sesi Persekolahan Tahun 2023 di Majlis Perbandaran Bentong

BIASISWA YAYASAN PAHANG RINGANKAN BEBAN KEWANGAN IBU BAPA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 08 MAC 2023 : Biasiswa Yayasan Pahang (YP) yang diberikan kepada para pelajar di negeri ini disifatkan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar untuk membeli barang keperluan persekolahan mereka.

Menurut Puan Hazrina Hamzah, 36, dari Kampung Chamang yang merupakan ibu kepada pelajar berkata biasiswa yang diterima oleh anaknya sangat membantu keluarganya.

Puan Hazrina Hamzah, 36, dari Kampung Chamang bersama anaknya Siti Nurul Humairah Abdul Halim

“Rasa ia (biasiswa) dapat membantu beli barang sekolah, beli apa yang dia nak. Tambah dia ni ada ramai adik-beradik. Jadi bila dia dapat biasiswa ini, rasa bertuahlah. Untuk dia juga (guna). Bolehlah bantu semua (penerima).

“Jadi saya sebagai ibu, nak ucap terima kasih kepada Yayasan Pahang sebab membantu anak saya, dapatlah dia guna untuk sekolah dia,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah) Tajaan Yayasan Pahang Sesi Persekolahan Tahun 2023 di Majlis Perbandaran Bentong di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak.

Sementara itu, menurut anaknya yang merupakan pelajar SK Sulaiman di sini, Siti Nurul Humairah Abdul Halim, 12, berkata dia bercadang untuk menggunakan wang biasiswa yang diterima tersebut untuk membeli kelengkapan sekolahnya.

Abiinash Sri Shubanana

“Rasa seronok dapat biasiswa ini. Saya bercadang nak guna untuk beli barang sekolah macam kasut, baju, dan alat tulis. Terima kasih kepada Yayasan Pahang dan Kerajaan Negeri kerana memberi saya bantuan biasiswa ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Abiinash Sri Shubanana, 17, dari SMJK Katolik Bentong, turut melahirkan rasa gembira kerana menerima biasiswa daripada Yayasan Pahang.

“Saya bercadang untuk beri wang biasiswa yang diterima ini kepada ibu saya memandangkan peralatan dan keperluan sekolah saya telah pun siap dibeli,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram