Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 27 FEBRUARI 2023 : Kerajaan Pahang menandatangani perjanjian (MoA) Operasi Projek Akuakultur Antara LKPP Corporation Sdn. Bhd., Makmur Akuakultur Sdn. Bhd., dan FDIGS Makmur Sdn. Bhd di Kampung Pulau Permatang Pauh, Pekan.
Perjanjian ini ditandatangani oleh Pengerusi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), YH. Dato’ Suhaimi Mohd Yunus yang juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah LKPP Corporation Sdn. Bhd.
Manakala Ahli Lembaga Pengarah Makmur Akuakultur Sdn. Bhd diwakili Ybrs. Tuan Haji Shahrumzaki Hassan yang juga Pengurus Besar LKPP Corporation Sdn. Bhd., dan FDIGS Makmur Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, YBrs. Encik Tan Eng Chong.
Perjanjian berkenaan telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PKPP; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; dan YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin.
Dalam majlis yang sama, pihak FDIGS Makmur Sdn. Bhd. juga telah melunaskan baki wang cagaran dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3 juta kepada Makmur Akuakultur Sdn. Bhd.
Sebelum ini pihak FDIGS Sdn. Bhd. telah membayar RM1.5 juta sebagai tanda komitmen kepada perjanjian projek ternakan udang ini.
Turut hadir, YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Tuan Ir Razali Kassim; dan Timbalan Pengerusi PKPP, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab. Moin. – PAHANGMEDIA