Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan beramag mesra bersama penduduk selepas melawat Jeti Kampung Tekek di Tioman yang sedang dinaiktaraf.

KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN LAWAT PROSES NAIKTARAF JETI KAMPUNG TEKEK

Oleh : Ain Nadhirah Basha

TIOMAN, 20 FEBRUARI 2023 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan bercemar duli melawat Jeti Kampung Tekek di sini yang sedang dinaiktaraf.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mendengar sembah taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, YBrs. Ir. Hafizah Zakaria berkenaan kerja-kerja menaiktaraf jeti penumpang di kampung berkenaan.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Seri Paduka Baginda kemudiannya berkenan berangkat bercemar duli ke majlis santapan bersama rakyat di Kampung Salang dan meluangkan masa hampir dua jam bersama hampir 100 penduduk kampung.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya berangkat meninggalkan Pulau Tioman pada 11.50 pagi setelah selesai program lawatan kerja baginda ke pulau ini selama dua hari bermula semalam. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram