Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 25 JANUARI 2023 : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melantik Encik Mohd Farid Mohd Nor sebagai Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Pahang yang baharu hari ini.
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menyerahkan surat pelantikan berkenaan kepada Encik Mohd Farid yang merupakan anak kelahiran Kampung Kuala Telang, Lipis di Wisma Sri Pahang.
Encik Mohd Farid telah mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan YAB Menteri Besar Pahang sebelum mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri bermula.
Pelantikan Encik Mohd Farid yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Pahang ini adalah bagi menggantikan YH Dato’ Tajul Razi Abdul Aziz, bekas Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Pahang yang kini bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri.
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata pelantikan Encik Mohd Farid ini berikutan berpengalaman luas beliau di dalam bidang politik yang dapat membantu beliau dalam membantu urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.
YAB Menteri Besar juga turut berharap Encik Mohd Farid dapat memberi komitmen yang baik demi kemakmuran bumi Pahang yang tercinta ini. -PAHANGMEDIA