Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim
KUANTAN, 27 DISEMBER 2022 : Kerajaan Pahang menandatangani perjanjian (MoA) Pajakan Antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan MHT Silica Sdn. Bhd bagi memproses dan membekal pasir silika.
MoA ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, YH. Dato’ Mohd Faizal Jaafar mewakili PKNP, manakala Puan Nadiatul Amaleen Muhammad Husain Tan merupakan Pengarah Syarikat MSSB mewakili MHT Silica.
Perjanjian berkenaan telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
Perjanjian ini melibatkan tapak seluas 6.70 hektar di Lot 5A, 5B, dan 5C di Kawasan Perindustrian Harbour Park, Tanjung Gelang, Mukim Sungai Karang.
YAB Menteri Besar Pahang berkata projek ini dijangka membuka peluang pekerjaan kepada hampir 1,000 penduduk tempatan. -PAHANGMEDIA