Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 19 DISEMBER 2022 : Seramai 561 mangsa dipindahkan di Kuantan dan Raub melibatkan enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini setakat 12 tengahari ini.
Menurut laporan daripada Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Pahang empat PPS dibuka di Kuantan, manakala dua PPS lagi dibuka di Raub.
“Di Raub, seramai 47 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan iaitu 40 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Kampung Pia; dan tujuh mangsa di PPS Balairaya Kampung Ria.
“Di Kuantan, seramai 554 mangsa daripada 119 keluarga dipindahkan melibatkan 226 mangsa di PPS SK Beserah; 67 mangsa di PPS SK Sungai Karang; 16 mangsa di PPS SK Sungai Ular; dan 185 mangsa di PPS SMK Pelindung,” menurut laporan tersebut.
Menurut laporan berkenaan, jumlah mangsa terjejas menunjukkan tren peningkatan berbanding laporan 8 pagi tadi. -PAHANGMEDIA