Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad

SEDIA GALAS TUGAS BARU DENGAN SEBAIK-BAIKNYA

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 14 DISEMBER 2022 : Setiap tugas yang diterima merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik-baiknya walaupun cabaran besar jelas terbentang di hadapan mata.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ia termasuk tugas-tugas baru yang diterima selain portfolio yang pernah dipikul oleh beliau sebelum ini.

“Sekarang adalah masa untuk kita cari jalan bagaimana membantu YAB Menteri Besar Pahang untuk pastikan semua manfaat perancangan yang dilakukan Kerajaan Negeri sampai kepada rakyat.

“Bagi saya sendiri sudah pasti rasa cabaran kini, contohnya dulu pegang portfolio pendidikan saya banyak mendekati anak-anak pelajar, tapi sekarang portfolio saya lebih meluas di mana saya perlu dekati semua orang (setiap lapisan rakyat).. jadi lebih besar tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tanggungjawab berkaitan Orang Asli dan agama Islam memberi cabaran besar kepadanya dan memerlukan tumpuan khusus.

“Suasana sekarang berbeza kerana sebelum ini saya biasa dengan masyarakat Orang Asli di tempat sendiri tapi kini saya perlu mempelajari dan mendekati masyarakat Orang Asli di seluruh negeri.

“Orang Asli ada banyak suku, ada yang masih ketinggalan dan ada yang dah terima pembangunan, ada yang dah menganut agama Islam, ada yang belum dan macam-macam lagi.

“Jadi besar cabarannya, antaranya bagaimana nak Islamkan Orang Asli dan jaga hak-hak mereka sebagai orang Islam.

“Saya akan menggerakkan Jabatan Agama Islam Pahang dan Yayasan Pahang melalui program Permata serta memanfaat program-program berkaitan Orang Asli selepas ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram