Gambar ihsan Bomba Pahang

154 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN DI TIGA DAERAH

KUANTAN, 9 DISEMBER 2022 : Seramai 154 mangsa banjir dari 45 keluarga terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga buah daerah di negeri ini setelah kediaman mereka dilanda banjir setakat jam 8 pagi hari ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dalam satu kenyataan berkata, Daerah Temerloh paling ramai mangsa membabitkan seramai 69 orang dari 19 keluarga, Lipis 68 mangsa dari 24 keluarga dan Bera 17 mangsa dari dua keluarga.

Menurut kenyataan itu lagi, , paras air di Sungai Triang di Bera melepasi paras bahaya dengan merekodkan bacaan 34.82 meter berbanding paras bahaya 34.75 meter.

Selain itu, Sungai Jelai di Kuala Medang , Lipis pula melepasi paras amaran iaitu 83.74 meter. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram