Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa 2022 di Kuantan 188 hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN RASMI FESTIVAL KESENIAN ORANG ASAL ANTARABANGSA 2022

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN , 25 NOVEMBER 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa 2022 di Kuantan 188 hari ini.

Objektif utama penganjuran festival ini adalah untuk mengetengahkan keunikan pelbagai etnik, dan budaya orang asal dari pelbagai negara serta memupuk semangat perpaduan bersama masyarakat dalam aktiviti seni budaya.

Turut mengiringi keberangkatan baginda, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBrs. Encik Mohd Yusri Mohd Yusoff; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Tuan Saiful Edris Zainuddin; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Encik Johari Alwi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa 2022 di Kuantan 188 hari ini.

Baginda turut berkenan bercemar duli berangkat meninjau dan beramah mesra dengan orang ramai dan pempamer hasil jualan di kesemua gerai yang ada di sekitar Kuantan 188.

Festival kesenian yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok ini dimeriahkan dengan persembahan seni dan budaya Orang Asal dari emoat buah negara iaitu Malaysia melibatkan kaum Semelai (Pahang), Mahmeri (Selangor), Seletar (Johor), Baba Nyonya dan Portugis (Melaka), Sabah dan Sarawak serta Afrika, Kazakhstan dan Mauritius.

Selain itu, pengunjung juga dimeriahkan dengan pameran dan jualan dari pelbagai etnik dengan produk jualan yang dipamer dan dijual adalah hasil kraftangan seperti bakul dan tikar mengkuang, hasil ukiran tangan, akar kayu dan herba-herba serta peralatan tradisional seperti sumpit, selain mempamerkan produk tradisional Melayu seperti tanjak, sampin, wau serta pameran sejarah pahlawan Pahang. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram