Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
LIPIS, 19 NOVEMBER 2022: “Pengundian bagi DN Tioman ditangguh tapi Parlimen (Rompin) diteruskan pada hari ini, urusan seterusnya kita akan serah kepada SPR,” kata YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan kematian calon bagi kerusi DN Tioman, Md Yunus Ramli awal pagi tadi.
Menurutnya, semua keputusan akan dimaklumkan SPR kelak dan setakat ini tumpuan diberikan kepada kawasan-kawasan yang dipertandingkan hari ini.
Calon PN, Md Yunus Ramli dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut namun Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 3.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.
Menurut SPR Pahang, susulan kematian calon berkenaan, pengundian bagi kerusi itu ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. -PAHANGMEDIA