Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga calon Dewan Negeri Bebar, Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menziarahi penduduk yang uzur di sekitar Kampung Temai Hulu, Temai Tengah dan Temai Hilir di sini.

CADANG LEBIH RAMAI MILIKI SKIM TANAH RAKYAT (STR)

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Mahathir Ali

PEKAN, 8 NOVEMBER 2022 : Kejayaan dan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan datang bakal menentukan pertambahan kemajuan yang mampu di bawa ke negeri ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga calon DN Bebar, Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, bagi penggal ketiga ini beliau ingin membawa hasrat untuk menambah bilangan rakyat memiliki aset tanah melalui Skim Tanah Rakyat.

“Kita maklum bahawa inisiatif Kerajaan Pahang menawarkan pemilikan tanah di bawah Skim Tanah Rakyat (STR) adalah bagi memastikan rakyat di negeri ini mempunyai tanah milik sendiri di masa hadapan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga calon Dewan Negeri Bebar, Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menziarahi penduduk yang uzur di sekitar Kampung Temai Hulu, Temai Tengah dan Temai Hilir di sini.

“Saya berhasrat untuk masa akan datang sekiranya masih berpeluang berkhidmat, STR yang dikenali sebagai Rancangan Tanah Kelompok (RTK) sebelum ini akan diperbesarkan lagi supaya dapat bagi peluang kepada penduduk di luar bandar memiliki tanah dan menambah pendapatan, ” katanya.

Beliau ditemui selepas menziarahi penduduk yang uzur di sekitar Kampung Temai Hulu, Temai Tengah dan Temai Hilir di sini.

Dalam pada itu beliau berkata, ia adalah peluang untuk peluang bagi penduduk di luar bandar untuk naik taraf hidup dan juga kepada generasi kedua yang layak untuk menerima STR.

“Selain STR, saya juga berhasrat untuk menubuhkan sebuah koperasi contohnya di Temai ini yang mengusahakan tanah-tanah kerajaan sekaligus memberi hasil kepada kedua-dua pihak terutamanya pengusaha dan pihak kerajaan sendiri.

“Perhatian dan tumpuan sudah pasti diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk di kawasan Bebar yang majoritinya adalah penduduk di kawasan luar bandar,” katanya.

Katanya lagi, selama dua penggal menjadi wakil rakyat di Bebar, beliau banyak mengenali pengundi di sini dan menyelami kehendak masyarakat di seluruh DN Bebar.

“Banyak keperluan asas rakyat di Bebar dapat ditunaikan dan diberi penambah baikan. Antaranya projek saliran di Merchong, projek bekalan air di Nenasi yang akan siap tahun hadapan, projek bekalan air di kampung-kampung Orang Asli seperti di Api Larat, Selengkong dan Simpai.

“Sekarang tunggu projek siap dan bekalan air bersih akan disalurkan kepada setiap kawasan terlibat. Begitu juga dengan pusat-pusat pemindahan banjir kekal yang dibina bagi penduduk terlibat,” katanya.

Menurutnya, kehidupan rakyat di kawasan terlibat lebih teratur terutamanya ketika dilanda musibah banjir malah ia dapat dihadapi dengan lebih baik daripada sebelum ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Share this: