OPERASI MENGELUARKAN DUA LAGI MANGSA HELIKOPTER MENDARAT CEMAS GIAT DILAKSANAKAN

KUANTAN, 26 OKTOBER 2022 : Operasi menyelamat baki dua mangsa helikopter yang melakukan pendaratan cemas di kawasan hutan Negeri Perak berhampiran Hutan Brinchang, Cameron Highlands, sedang giat dilaksanakan oleh pihak penyelamat.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang, Dato’ Sri Sallehuddin Ishak berkata, setakat jam 7.30 petang tadi, operasi menyelamat baki dua mangsa sedang giat dilaksanakan kerana laluan hutan yang menyukarkan pergerakan.

YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

“Sebuah helikopter yang membawa lima orang petugas kesihatan melakukan pendaratan cemas di kawasan hutan Negeri Perak berhampiran Hutan Brinchang, Cameron Highlands,
Pahang.

“Kesemua mangsa selamat dan telah menerima rawatan awal di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital.

” Sehingga jam 7.30 malam, operasi menyelamat sedang giat dilaksanakan bagi mengeluarkan baki dua mangsa, kerana laluan hutan yang menyukarkan pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram