Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

SIDANG DEWAN NEGERI : 82 PERATUS KAMPUNG ORANG ASLI DAPAT LIPUTAN TELEKOMUNIKASI, INTERNET

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 13 OKTOBER 2022 : Hampir 82 peratus perkampungan Orang Asli di daerah Cameron Highlands telah mendapat liputan telekomunikasi, internet dan 4G.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata sementara itu, empat kampung Orang Asli mendapat liputan internet 3G dan rangkaian telekomunikasi yang lemah.

“JAKOA Pahang mendapati hampir 82 peratus perkampungan Orang Asli daerah Cameron Highland telah mendapat liputan telekomunikasi, internet dan 4G yang baik.

“Terdapat hanya satu buah kampung sahaia daripada 27 buah Kampung Orang Asli (KOA) di daerah Cameron Highlands iaitu Kampung Orang Asli Chenan Cherah yang masih tidak mendapat sebarang liputan telekomunikasi, internet dan 4G.

“Manakala terdapat empat kampung yang hanya mendapat liputan internet 3G dan rangkaian telekomunikasi yang lemah iaitu KOA Getan, KOA Sungai Telimau, KOA Jarik, dan KOA Abu,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak tujuh Kampung Orang Asli terlibat dengan projek Broadband Wireless Access (BWA) bagi daerah Cameron Highlands.

“Jangkaan tarikh siap bagi KOA Sungai Tiang, jangkaan tarikh siap pada 28 November 2021; KOA Sungai Chohong, jangkaan tarikh siap pada 29 November 2021; KOA Sungai Kabuk, jangkaan tarikh siap pada 29 November 2021.

“Bagi KOA Kuala Boh, jangkaan tarikh siap pada 30 November 2021; KOA Rening, jangkaan tarikh siap pada 8 Disember 2021; KOA Terakit, jangkaan tarikh siap pada 9 Disember 2021; dan KOA Panggen, jangkaan tarikh siap pada 26 Januari 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong berkenaan liputan rangkaian 4G di kampung Orang Asli semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram