Ketua Kontinjen Pahang, YH. Dato’ Hamdan Hussin menyampaikan Insentif Kemenangan SUKMA daripada Kerajaan Pahang kepada atlet menembak Pahang yang mendapat pingat pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 hari ini.

SUKMA 2022 : SKUAD MENEMBAK PAHANG CEMERLANG, RAIH 4 EMAS

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2022 : Skuad menembak Pahang hari ini beraksi cemerlang apabila merangkul empat pingat emas dan masing-masing satu pingat perak dan gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di di Lapang Sasar Subang di sini itu, Azrul Akmal Zulkefli menyumbang emas pertama Pahang menerusi acara 25 meter(m) Pistol Lelaki Individu.

Selain itu gandingan mantap Muhammad Adib Abu Hassan Ashairi, Putera Muhammad Akram Idham Zunaidi dan Azrul Akmal menyumbang emas kedua menerusi acara 25m Pistol Lelaki Berpasukan.

Turut memenangi pingat emas adalah Izzuddin Muhammad Shafri menerusi acara 50m Rifle Prone Lelaki Individu.

Gandingan atlet menembak Izzuddin Muhammad Shafri , Muhammad Azril Hakim Nor Azman dan Ahmad Zaffin Kushairie Mohd Azman berjaya meraih pingat emas pada acara 50m Rifle Prone Lelaki Berpasukan.

Emas keempat Pahang pula diraih menerusi acara 50m Rifle Prone Lelaki Berpasukan hasil gandingan Izzuddin, Muhammad Azril Hakim Nor Azman dan Ahmad Zaffin Kushairie Mohd Azman.

Sementara itu, Muhammad Adib turut meraih pingat perak menerusi acara 25 meter(m) Pistol Lelaki Individu manakala Ahmad Zaffin Kushairie pula memperoleh pingat gangsa menerusi acara 50m Rifle Prone Lelaki Individu.

Kesemua atlet berkenaan turut menerima Insentif Kemenangan SUKMA daripada Kerajaan Pahang yang disampaikan oleh Ketua Kontinjen Pahang, YH. Dato’ Hamdan Hussin. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram