Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang juga Canselor UCYP berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang politik dan kerajaan oleh Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) kepada YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail
YAB MENTERI BESAR PAHANG DIKURNIA IJAZAH DOKTOR KEHORMAT
Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 10 SEPTEMBER 2022 : YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dikurniakan Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang politik dan kerajaan oleh Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) hari ini.
Pengurniaan tersebut disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang juga Canselor UCYP.
YAB Menteri Besar sebelum itu turut menerima pengurniaan watikah pelantikan sebagai Pro Canselor UCYP daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Pro Canselor UCYP kepada YAM Tengku Panglima Raja Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam majlis sama.
Penyempurnaan istiadat pengurniaan tersebut dijalankan pada Istiadat Konvokesyen 2022 Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dan Sambutan 30 Tahun Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP)/Kolej Yayasan Pahang (KYP) dan UCYP di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor UCYP, YH Prof Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin; Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Prof Dr Noorul Ainur Mohd Nur; Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman; Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda; dan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Pengurniaan Ijazah Doktor Kehormat kepada YAB Menteri Besar Pahang tersebut kemudiannya diteruskan dengan penganugerahan kepada para graduan melibatkan 1,775 graduan diploma, ijazah sarjana muda, dan ijazah sarjana akan berlangsung hari ini dan esok. -PAHANGMEDIA