Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) di Lanchang hari ini.

PEMANGKU RAJA PAHANG BERANGKAT MELAWAT PUSAT KONSERVASI HARIMAU MALAYA (MTCC)

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH, 6 SEPTEMBER 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) di Lanchang di sini, hari ini.

Baginda diiringi YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Ali Anak Biju serta Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Rosli Isa.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin serta Ketua Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC), Encik Mohammad Khairi Ahmad.

KDYMM Pemangku Raja Pahang tiba di pusat berkenaan kira-kira jam 11.15 pagi sebelum berkenan menerima taklimat berkenaan MTCC yang dipersembahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim.

Baginda turut berkenan melihat lima ekor Harimau Malaya (seekor harimau jantan, empat harimau betina) yang ditempatkan di pusat berkenaan dan meninjau infrastruktur serta fasiliti yang disediakan di pusat tersebut.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) di Lanchang hari ini.

Lima ekor harimau tersebut dibawa dari Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) ke MTCC berkeluasan 80 hektar pada bulan Februari lalu.

Kewujudan MTCC ini adalah untuk menjalankan program pembiakan Harimau Malaya selain menjalani program conditioning, rehabilitasi untuk membiasakan dengan situasi di habitat semula jadi sebelum program pelepasan bagi memastikan harimau dapat bermandiri di habitat asal. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram