86 BUAH KAWASAN DI KUANTAN BAKAL ALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR PADA 6 SEPTEMBER

KUANTAN, 1 SEPTEMBER 2022 : Sebanyak 86 buah kawasan di sekitar daerah Kuantan bakal mengalami gangguan bekalan air pada 6 September ini bermula jam 12 tengahari ekoran kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Rumah Pam Kobat.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ybhg. Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari memaklumkan bahawa kerja-kerja berkenaan perlu untuk meningkat lagi kapasiti dan kualiti perbekalan air di Daerah Kuantan pada masa hadapan.

Menurutnya, kerja-kerja ini melibatkan penyelenggaraan paip air mentah jenis Mild Steel Cement Lining (MSCL) bersaiz 1500mm dan pemasangan pam air mentah baharu yang berkapasiti lebih besar dan kadar efficiency yang lebih tinggi.

“Walaubagaimanapun tidak semua kawasan terlibat secara keseluruhan kerana pihak PAIP masih mempunyai paip air mentah tambahan bersaiz 1600mm.

Kerja-kerja penyelenggaraan ini dijangka akan mengambil masa tempoh
selama 12 jam dan pihak PAIP akan berusaha sebaik mungkin untuk
meminimakan tempoh gangguan tersebut. Sebagai persediaan kerja-kerja awalan telah dilaksanakan untuk memastikan tempoh gangguan yang minima,” katanya.

Antara kawasan yang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, dan Kubang Ikan.

“Gangguan turut melibatkan seluruh kawasan Gebeng Industri FASA I, II, III, MCKIP, dan seluruh kawasan Pelabuhan, seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, seluruh kawasan kiri / kanan Jalan Tengku Muhammad, Pelindung Jalan Tengku Muhamad, Pejabat Ukur, Jalan Beserah, kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh kiri / kanan Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak,
Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang
Lalang, Tanjung Api, Taman Selamat, Tembeling Resort, dan Kelab Golf Diraja.

Selain itu, seluruh kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, dan Air Putih, seluruh kawasan Taman Fairmount, Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol, Bukit Setongkol, dan Cenderawasih, seluruh kawasan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Goh Perdana, Bukit Kuantan, dan sebahagian Tanjung Pasir.

Seluruh kawasan Indera Mahkota (IM) 1, 2, 3, 5, 6, Kg Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Pejabat Daerah dan Tanah, SBPI, Ibu Pejabat PAIP, Terminal Sentral, Bomba IM, dan Widad.

Pengguna boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-573 9999, jika terdapat sebarang aduan dan pertanyaan. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram