Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar menyampaikan replika kunci Rumah Rakyat Pahang kepada ncik Mohd Sabree Mustafar di Kampung Temai Hilir

LAPAN TAHUN TINGGAL DI PONDOK KAYU KECIL, KINI DAPAT RUMAH PERCUMA

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN 12 OGOS 2022: “Selama hampir 8 tahun saya bersama isteri dan anak tinggal di sebuah pondok kayu yang kecil dan usang namun pada hari ini (semalam) amat bersyukur kerana dapat sebuah rumah yang baharu secara percuma iaitu Rumah Rakyat Pahang (RRP) yg diberikan Kerajaan Pahang.”

Itu luah seorang penerima RRP, Encik Mohd Sabree Mustafar di Kampung Temai Hilir di sini selepas menerima rumah berkenaan secara percuma.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar melihat keadaan Rumah Rakyat Pahang yang diberikan secara percuma kepada Encik Mohd Sabree Mustafar di Kampung Temai Hilir

Beliau yang bekerja sendiri di kebun-kebun sawit di sekitar kampungnya berkata, Lebih lapan tahun dia dan keluarga bersabar mendiami sebuah pondok kayu kecil yang dibinanya sendiri dibelakang rumah orang tuanya.

“Bertuah sungguh rasa jadi rakyat Pahang, saya tak sangka rezeki macam ini, Terima Kasih Menteri Besar Pahang,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) semalam.

Sebelum itu beliau menerima kunci rumah RRP yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar.

Beliau berkata, doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah sendiri yang lebih selesa demi keluarganya telah dimakbulkan Allah SWT.

“Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Najib Tun Razak juga menyumbang perabot baharu manakala Jabatan Pertanian menyumbang anak pokok untuk ditanam sekitar rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan RRP Ini antara lambang keprihatinan dan kasih Kerajaan BN Negeri Pahang pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail kepada yang memerlukan terutamanya golongan yang benar-benar susah.

Sementara itu, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, RRP adalah idea YAB Menteri Besar Pahang sendiri untuk membantu rakyat susah yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

“Bagi tahun 2022 ini, YAB Menteri Besar meluluskan 6 buah RRP untuk dibina disetiap Dewan Negeri di Pahang. Alhamdulillah. Terima Kasih YAB Menteri Besar Pahang kita,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram