Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menziarah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Mun Repas di Bentong.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERANGKAT LAWAT DUA SEKOLAH DI BENTONG

BENTONG, 7 JULAI 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menziarah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Mun Repas dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bentong di sini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Mun Repas di Bentong.

Di SJKC Khai Mun Repas, KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan mendengar taklimat daripada guru besar sekolah berkenaan, Puan Choong Wei Ping tentang keadaan semasa sekolah seterusnya melawat koridor sejarah sekolah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal usul sekolah yang ditubuhkan sejak 1957.

KDYMM Pemangku Raja Pahang turut berkenan melawat dari kelas ke kelas untuk berinteraksi serta beramah mesra dengan guru-guru dan murid-murid di samping menyampaikan kurnia kepada 108 orang murid.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Mun Repas di Bentong.

Selain itu, Baginda juga berkenan mempelajari tradisi dan kebudayaan Cina di dalam bilik darjah, iaitu memadankan perkataan dengan piktograf dan menyertai aktiviti seni menggunting kertas.

Sementara itu, keberangkatan tiba Baginda di SJKT Bentong disambut oleh tarian sambutan tradisional India, kemudian Baginda berkenan menyampaikan kurnia kepada 150 orang murid sekolah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melakukan ziarah kasih ke tiga buah kampung baru Cina termasuklah Kampung Repas, Kampung Kemansur dan Kampung Perting.

Selain menyantuni para pentadbir, guru-guru dan murid-murid, KDYMM Pemangku Raja Pahang yang diiringi oleh Guru Besar, Encik Muruli juga berkenan menyertai aktiviti mempelajari tulisan Tamil sebagai interaksi mesra dengan warga sekolah.

Pada kesempatan ini, KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan melakukan ziarah kasih ke tiga buah kampung baru Cina termasuklah Kampung Repas, Kampung Kemansur dan Kampung Perting. Baginda berkenan mengurniakan sumbangan kepada 10 buah keluarga Cina yang miskin, warga emas, berpenyakit dan kurang bernasib baik. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram