Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 01 JULAI 2022 : Seramai 268 bekas polis dan vateran tentera di Dewan Negeri (DN) Tioman telah menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) oleh Kerajaan Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Tioman, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, bantuan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berbakti kepada negara.
“Bantuan one-off sebanyak RM200 bagi setiap penerima ini melibatkan penerima seramai 67 orang bekas pesara polis 67 dan 201 orang veteran tentera.
“Ia adalah tanda terima kasih kepada jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh perwira negara khususnya di Negeri Pahang kerana dengan jasa mereka kita dapat menikmati negara yang aman pada hari ini,” katanya.
Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang 2022 Fasa 2 Peringkat Daerah Rompin Kluster Veteran Tentera dan Bekas Polis telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.
Sebanyak 1,100 orang penerima di seluruh Rompin layak menerima Bantuan Prihatin Pahang 2022 Kluster Apresiasi melibatkan nelayan (627), ibu tunggal (338), penjaja (130), dan pemandu teksi (5).
Kerajaan Pahang telah memperuntukkan RM29.91 juta Bantuan Prihatin Pahang 2022 (BPP) kepada rakyat melibatkan empat kluster utama. -PAHANGMEDIA