YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji wan Rosdy Wan Ismail ketika menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BBP) kepada seorang peniaga pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Fasa 2 Kluster Penjaja Harian Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong (MPB) di Bentong, pagi tadi.

9,144 PENJAJA HARIAN TERIMA BPP BERJUMLAH RM1.83 JUTA

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 20 JUN 2022 : Seramai 9,144 penjaja harian di seluruh Pahang menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) dengan jumlah keseluruhan RM1.83 juta yang akan diagihkan secara berperingkat bermula hari ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada peniaga Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Lambak dan peniaga Food Truck akan menerima RM200 setiap seorang.

“Esok pula kita akan berikan wang tunai RM200 kepada pemandu teksi dan kita akan teruskan sehingga semua penerima daripada keempat-empat kluster ini selesai menerima sumbangan Kerajaan Negeri ini,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berucap demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Fasa 2 Kluster Penjaja Harian Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong (MPB) di Bentong, pagi tadi.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah, Pegawai Daerah Bentong, YH. Encik Mohd Khuzaidi Harun dan Penyelaras Kawasan Dewan Negeri Sabai, YH. Dato’ Sri Haji Mohamad Zaini Haji Salleh.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji wan Rosdy Wan Ismail ketika menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BBP) kepada seorang peniaga pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Fasa 2 Kluster Penjaja Harian Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong (MPB) di Bentong, pagi tadi.

Pada April lalu, Kerajaan Pahang telah bersetuju meneruskan pemberian BPP 2022 melibatkan empat kluster utama iaitu Kluster Pelajar dan Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Umum dan Kluster Aprisiasi.

Selain penjaja harian dan pemandu teksi, pemberian BPP ini turut membabitkan seramai 9,000 orang daripada golongan veteran tentera dan bekas polis yang telah menerima BPP berjumlah RM1.8 juta pada minggu lalu manakala golongan nelayan dan ibu tunggal juga bakal menerima BPP dengan jumlah RM200 setiap seorang tidak lama lagi. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram