YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama para penerima Suratan Hakmilik, Surat Kelulusan dan Notis 5A Skim Tanah Rakyat (STR) serta Surat Tawaran Penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 2B Daerah Maran di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentul di Maran, petang tadi.

STR BANTU GENERASI KEDUA FELDA ATASI ISU PERUMAHAN

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

MARAN, 17 JUN 2022 : Perlaksanaan Skim Tanah Rakyat (STR) membabitkan kawasan FELDA merupakan usaha kerajaan negeri bagi menyelesaikan permasalahan perumahan bagi generasi kedua FELDA.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek perintis ini membabitkan seramai 40 penerima terdiri daripada generasi kedua FELDA dan ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Pahang dalam mengatasi masalah di kalangan rakyat.

Jelasnya, kerajaan akan memperluaskan pemberian STR melibatkan kawasan FELDA mengikut kesesuaian melalui penelitian rapi.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan Suratan Hakmilik Skim Tanah Rakyat (STR) kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik, Surat Kelulusan dan Notis 5A Skim Tanah Rakyat (STR) serta Surat Tawaran Penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 2B Daerah Maran di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentul di Maran, petang tadi.

“Kita akan tengok case by case, dan sekiranya perkara itu perlu dibantu dan memenuhi peraturan dan syarat, kita bagi dan kemungkinan (akan diperluaskan ke FELDA lain) mungkin FELDA juga menghadapi masalah yang sama (berkaitan) perumahan generasi kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik, Surat Kelulusan dan Notis 5A Skim Tanah Rakyat (STR) serta Surat Tawaran Penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 2B Daerah Maran di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentul di Maran, petang tadi.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Abd Muttalib, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pegawai Daerah Maran, YH. Dato’ Sharuddin Jali dan Pegawai Agama Islam Daerah Maran, Al-Fadhil Ustaz Amirul Farhan Wahi.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik, Surat Kelulusan dan Notis 5A Skim Tanah Rakyat (STR) serta Surat Tawaran Penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 2B Daerah Maran di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentul di Maran, petang tadi.

Pada majlis itu, telah disampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada PIBG Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul, penyampaian surat kepada tujuh kontraktor yang akan membina rumah bantuan banjir peruntukan oleh United Arab Emirates (UAE), penyampaian surat tawaran RRP Fasa 2B kepada tujuh penerima dan penyampaian surat kelulusan dan Notis 5A STR kepada 40 generasi kedua FELDA Jengka 2 dan penyampaian Suratan Hakmilik STR kepada 125 penerima daripada Kampung Bak Bak Fasa 3 serta 56 penerima dari Kampung Kuala Sentul.

Selain itu, Pejabat Daerah Dan Tanah Maran telah menerima permohonan bagi STR membabitkan beberapa lokasi FELDA iaitu Jengka 1, 3, 4, 5 dan 6. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram