YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama para sukarelawan yang hadir pada Majlis Anugerah Sukarelawan Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong malam tadi.

KERAJAAN PAHANG HARGAI JASA DAN PENGORBANAN SUKARELAWAN
 

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 29 MEI 2022 : Anugerah Sukarelawan Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang anjuran Kerajaan Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang merupakan inisiatif dan usaha bagi menghargai para sukarelawan yang bertungkus-lumus memberikan khidmat dan bakti tanpa mengira waktu dan bayaran.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peranan golongan sukarelawan ini sangat penting dalam sebarang situasi sama ada bencana alam mahu pun menyampaikan bantuan atau pertolongan untuk pelbagai situasi.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan anugerah kepada sukarelawan pada Majlis Anugerah Sukarelawan Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong malam tadi.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur program pada malam ini sangat berjaya, ini adalah salah satu cara kita untuk menghargai sukarelawan kita di Negeri Pahang yang telah memberikan perkhidmatan tanpa mengira masa, gaji, bayaran, elaun dan sebagainya.

“Saya dapati apabila berlaku bencana alam, banjir kilat dan sebagainya, sukarelawan di Negeri Pahang tampil ke hadapan bersama-sama dengan agensi lain.

“Bagi menghargai mereka pada hari ini Kerajaan Pahang telah bersetuju kita memikirkan satu anugerah kepada mereka dan kita kenali sebagai Anugerah Berprestasi Tinggi yang mana ditentukan oleh ahli-ahli panel yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan dalam masa yang sama pada malam ini saya bagi tambahan RM30,000,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan anugerah kepada sukarelawan pada Majlis Anugerah Sukarelawan Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Merasmikan Majlis Anugerah Sukarelawan Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur 2022 di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands di Bentong, malam tadi.

Hadir sama ialah YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH. Dato’ Zakaria Ibrahim dan Pengarah JKM Pahang, YH. Encik Zulkahiri Zainol Abidin.

Pada majis anugerah itu, sebanyak 12 kategori dipertandingkan antaranya Anugerah Kepimpinan Berprestasi Tinggi, Anugerah Sukarelawan Belia Berprestasi Tinggi, Anugerah Pembangunan Warga Emas dan Kanak-Kanak Berprestasi Tinggi, Anugerah Pendampingan Sosial Berprestasi Tinggi dan Anugerah Pengurusan Bencana Berprestasi Tinggi.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menunjukkan cenderahati yang diterimanya berupa potret beliau pada Majlis Anugerah Sukarelawan Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong malam tadi.

Pada majlis sama, beliau berkata, kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan peruntukan berjumla RM35 juta bagi kerja-kerja yang dapat membantu menangani banjir seperti kursus kepada mereka yang terlibat banjir, membeli instrumen sistem amaran awal bencana, bot amfibia bagi kerja menyelamat, membina pusat pemindahan secara kekal,  pembinaan helipad bagi membolehkan bekalan bantuan banjir dapat disampaikan ke kawasan-kawasan yang suka dicapai dan sebagainya.

Pengumuman tersebut telah diumumkan oleh beliau sendiri menerusi laman Facebook rasmi miliknya, baru-baru ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram