Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim
KUANTAN, 19 MEI 2022 : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing.
Kunjungan duta berkenaan diiringi kauselornya, Encik Yu Jun dan Setiausaha Ketiga, Encik Wang Yu.
Kehadiran kedua-dua tetamu tersebut turut menerima sambutan daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato ‘ Sri Dr Salehuddin Ishak; Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Razihan Adzharuddin; Penolong Setiausaha Kanan Unit Antarabangsa, Encik Subramaniam Ayasamy serta Penolong Setiausaha Unit Antarabangsa, Puan Nurhanin Aqila Mohammed Nor.
Pertemuan secara santai selama kira – kira satu jam itu turut bersempena ulang tahun ke-10 Taman Perindustrian Kuantan Malaysia China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) yang membuktikan kerjasama yang kukuh serta hubungan perdagangan yang baik antara dua negara, terutamanya antara Negeri Pahang dan negara China melalui pelaburan pelbagai industri.

Pertemuan berkenaan turut membawa hasrat Presiden China, Xi Jinping yang mahu mengukuhkan MCIKP-CMQIP melalui pelaburan yang lebih fleksibel selepas ini dalam mengeratkan lagi perhubungan diplomatik dengan Malaysia.
Kemajuan projek mega ECRL juga mencapai kemajuan yang baik sehingga kini dan merupakan kerjasama yang baik antara dua negara dan Kerajaan Negeri.
Kehadiran Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing juga dapat bersama-sama membantu dalam kerjasama antara China dan Pahang bagi memajukan pembangunan bandar Aeroangkasa (MRO, Industri Hiliran Aeroangkasa) yang telah diluluskan di Chendor, Gebeng.
Hubungan ekonomi dan diplomatik diperkukuhkan melalui lawatan ke China (Shanghai dan Beijing) selepas negara China membuka sempadan.
Pada masa ini sempadan China masih ditutup atas dasar masih wujudnya kes Covid-19 dan proses vaksinasi yang belum selesai teruatamanya kepada golongan warga tua yang berisiko tinggi. -PAHANGMEDIA