Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad

KERAJAAN PAHANG SEDIA INSENTIF RM115,200 TINGKAT KADAR VAKSINASI PELAJAR 5-12 TAHUN

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH, 14 MEI 2022 : Kerajaan Pahang menyediakan insentif bagi Program Imunisasi COVID-19 Skim Galakan Sekolah-sekolah Negeri Pahang 2022 berjumlah RM115,200.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ia bertujuan bagi meningkatkan kadar vaksinasi pelajar-pelajar berusia 5 hingga 12 tahun di seluruh Pahang.

“Apabila kita menyemak statistik pencapaian pengambilan vaksin oleh pelajar terlalu rendah di Negeri Pahang maka YAB Menteri Besar Pahang cuba untuk membantu Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) supaya pelajar-pelajar ini dapat digalakkan untuk mengambil vaksin.

“Jadi caranya adalah memperkenalkan ganjaran atau insentif kumpulan sasar berkenaan supaya mereka lebih bekerja keras diber mereka yang mengambil vaksin itu dapat diberikan penghargaan, diiktiraf kerana mereka menyahut usaha kerajaan supaya mereka divaksinkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Silaturahim dan Jamuan Aidilfitri Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang 1443 Hijrah / 2022 Masihi di Dewan Terbuka Sri Ketumbit, Kerdau di Temerloh, semalam.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin, Setiausaha UMNO Pahang, YH. Dato’ Sri Ab. Hamid Nazahar, Pengarah JPNP, YH. Tuan Mohammad Rosli Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JKNP, Dr. Mohamed Sapian Mohamed, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato’ Haji Zakaria Haji Mohamed, Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Md. Yunos dan Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), YH. Profesor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, sehingga kini sebanyak 40 peratus daripada 250,000 pelajar berusia 5 hingga 12 tahun di seluruh Pahang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 mereka.

Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus pelajar dapat divaksin sehingga 31 Mei ini dan beliau yakin mampu mencapai sasaran tersebut memandangkan kerajaan negeri mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak termasuklah JPNP dan JKNP.

Jelasnya, pihak kerakaan turut memandang serius berhubung status pemvaksinan di kalangan pelajar sehingga menyediakan insentif dengan jumlah yang besar selepas mengenalpasti beberapa kategori utama.

“Bentuk ganjaran itu kalau Pejabat Pendidikan ini kita akan berikan RM10,000 bagi mereka yang berusaha membantu sekolah-sekolah, kepada pra sekolah kita akan bagi RM1,000, kepada Sekolah Kebangsaan kita akan bagi RM3,500, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kita akan bagi RM3,500 juga, begitu juga dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kita akan bagi RM3,500 juga dan juga sekolah Orang Asli kita akan bagi RM3,500 juga, insyaa Allah,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram