Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Pahang di Laman Sejahtera Sungai Koyan, Lipis semalam.

LEBIH 10,000 TETAMU MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI YAB MB PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah

LIPIS, 4 MEI 2022 : Lebih 10,000 orang ramai membanjiri Rumah Terbuka Aidilfutri YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang diadakan di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Sungai Koyan di Lipis, petang semalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyantuni tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Pahang di Laman Sejahtera Sungai Koyan, Lipis semalam.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, sambutan Rumah Terbuka kali ini lebih meriah memandangkan umat Islam sudah dua tahun tidak dapat merayakan Aidilfitri ekoran penularan wabak COVID-19.

“Pada kali ini kita memilih dua lokasi di luar daerah Kuantan iaitu Daerah Jerantut dan Lipis bagi memberi peluang kepada orang ramai memeriahkan sambutan perayaan hari raya pada kali ini selain memberi peluang untuk para pemimpin lebih rapat dengan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfutri YAB Menteri Besar Pahang di Laman Sejahtera Sungai Koyan, di sini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad, barisan Exco Kerajaan Pahang dan ketua-ketua jabatan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyantuni tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Pahang di Laman Sejahtera Sungai Koyan, Lipis semalam.

KDYMM Pemangku Raja Pahang tiba pada jam 3 petang diiringi Dato’ Sri Haji Wan Rosdy yang turut menghadiri Rumah Terbuka di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut pada sebelah paginya.

Pada majlis itu, baginda turut berkenaan mengurniakan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dan masyarakat Orang Asli selain beramah mesra dengan rakyat jelata yang hadir.

Majlis yang bermula 1.30 petang hingga 6 petang itu menyediakan 16 jenis juadah raya seperti nasi minyak, laksa, lemang, rendang, dodol, kuih muih, buah-buahan dan aneka minuman. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram