Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada warga Madrasah Darul Ulum Al-Islamiah, Sungai Salan di Jerantut.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN SANTUNI WARGA MADRASAH DARUL ULUM AL-ISLAMIAH

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

JERANTUT, 21 APRIL 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berbuka puasa bersama warga Madrasah Darul Ulum Al-Islamiah, Sungai Salan di Jerantut.

Pada majlis itu juga baginda turut mengurniakan sumbangan dan bantuan kepada 225 pelajar madrasah berkenaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Turut mengiringi baginda ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.

Sehubungan itu, baginda mengingatkan pihak pengurusan madrasah agar dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada penjagaan aspek keselamatan, kebajikan murid-murid, fasiliti dan kemudahan.

“Saya tidak mahu melihat kes buli, kebakaran dan sebarang kemalangan akibat kecuaian manusia dan saya juga menekankan tahap kebersihan di semua pondok dan madrasah di Negeri Pahang,” titah baginda.

Baginda juga yakin bahawa para pelajar madrasah dan pondok merupakan aset kepada agama Islam yang sangat berharga di negeri ini.

“Adik-adik juga merupakan benteng dan tunjang agama Islam di Negeri Pahang dan bakal memainkan peranan dan tanggungjawab terbesar bagi mengembangkan dakwah Islam di negeri saya dan negara kita.

“Maka adik-adik belajarlah bersungguh-sungguh mendalami ilmu al-Quran, menghafaz al-Quran dan mengaji kitab-kitab.

“Saya mahu suatu hari nanti adik-adik menjadi ilmuan Islam yang dihormati, ustaz atau ustazah yang dikagumi malah menjadi seorang pendakwah Islam yang teragung,” titah baginda. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram