Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli merasmikan masjid baharu di Batu 3 ½ Jalan Gambang di Kuantan yang dinamakan sebagai Masjid Al-Mustaghfirin.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN MERASMIKAN MASJID BAHARU BATU 3 ½

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 14 APRIL 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli merasmikan masjid baharu di Batu 3 ½ Jalan Gambang di Kuantan yang dinamakan sebagai Masjid Al-Mustaghfirin.

Baginda turut berkenan menandatangani papan tanda masjid berkenaan sebagai tanda perasmian serta menyempurnakan gimik perasmian dengan menanam pokok di pekarangan masjid berkenaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada penerima semalam

Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura,
YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif dan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Masjid tersebut telah disiapkan sepenuhnya pada 9 Jun 2019 dengan kos peruntukan RM2.7 juta dan mampu memuatkan seramai 500 jemaah pada satu-satu masa.

Pada majlis sama baginda turut mengurniakan sumbangan dan bantuan kepada 100 asnaf serta sumbangan 10 buah komputer riba kepada pelajar golongan asnaf. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram