Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang berkenaan jumlah permohonan BPP setiap daerah dan tempat yang mempunyai permohonan paling ramai di kawasan Teruntum.

SIDANG DEWAN : KERAJAAN PAHANG TELAH SALURKAN 300,000 BAKUL MAKANAN BERNILAI RM31.31 JUTA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim & Muhammad Shamim Aiman Shafiq Fauzan (praktikal)

KUANTAN, 31 MAC 2022 : Sebanyak 300,000 bakul makanan bernilai RM31.3 juta yang disalurkan melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) telah disalurkan oleh Kerajaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, bantuan ini disalurkan kepada rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Jumlah yang kita berikan untuk Bantuan Prihatin Pahang (BPP) daripada Fasa 1 sehingga Fasa 4 lebih daripada 300,000 bakul makanan yang telah diedarkan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang yang terkesan akibat COVID-19 yang membabitkan peruntukan sejumlah lebih kurang RM31.31 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang berkenaan jumlah permohonan BPP setiap daerah dan tempat yang mempunyai permohonan paling ramai di kawasan Teruntum.

Menurut beliau lagi, sebanyak 24,196 permohonan telah diterima bagi Bantuan Prihatin Pahang di seluruh negeri ini.

“Di Kuantan sebanyak 7,272 permohonan telah diterima, di Pekan (2,536), di Cameron Highlands (325), di Rompin (1,617), di Maran (1,806), di Bentong (1,518).

“Di Lipis (1,561), di Temerloh (2,893), di Jerantut (1,823), di Bera (1,497), dan di Raub (1,347) menjadikan keseluruhan permohonan adalah sebanyak 24,195,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download