Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Negeri (ADN) Peramu Jaya, YB. Dato’ Sri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali pada sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5, Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

SIDANG DEWAN : KERAJAAN PAHANG GALAK PENGLIBATAN ANAK MUDA CEBURI PERNIAGAAN ONLINE

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Shamim Aiman (Pratikal)

KUANTAN, 29 MAC 2022 : Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang sentiasa memberikan galakan kepada anak muda untuk menceburi perniagaan secara online melalui pelbagai program yang dirancang.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, antara program yang dirancang adalah seperti Program Keusahawanan anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Karnival Usahawan Belia dan Bengkel Usahawan ‘Online’.

“Di samping itu, pelaksanaan MyGIG yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan peluang kepada anak muda untuk berkongsi ilmu perniagaan bersama ahli perniagaan yang telah berjaya.

“Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) juga menawarkan program-program keusahawanan sepanjang tahun secara percuma untuk golongan anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Negeri (ADN) Peramu Jaya, YB. Dato’ Sri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali pada sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5, Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Selain itu, katanya, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dilaksanakan sejak 2014 di bawah SME Corp Malaysia juga dikenalpasti sebagai salah satu program keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan belia.

Program Micro Connector yang dijalankan juga dapat membangunkan Perusahaan Mikro dan komuniti golongan inklusif seperti belia, wanita, B40 dan lain-lain dengan memberi fokus kepada segmen pasaran dan kreativiti baru. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download