Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsudin ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long pada sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5, Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

SIDANG DEWAN : KERAJAAN PAHANG AMBIL LANGKAH PROAKTIF TINGKAT PENGUNJUNG PERPUSTAKAAN

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
 
KUANTAN, 29 MAC 2022 : Kerajaan Pahang mengambil beberapa langkah proaktif bagi meningkatkan penunjung setempat ke perpustakaan untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsudin berkata, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kerja-kerja pembangunan perpustakaan dengan menyediakan peruntukan untuk menaiktaraf kemudahan perpustakaan.
 
“Usaha ini seiring dengan keperluan semasa yang melibatkan kerja-kerja menaiktaraf bangunan, keceriaan, pertambahan koleksi, susun atur dalam perpustakaan, meningkatkan capaian internet dan pembelian perabot baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long pada sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5, Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan.
 
Beliau berkata, sehingga kini terdapat 74 perpustakaan di seluruh Pahang termasuklah Perpusatakaan Awam Negeri Pahang, Perpustakaan Awam Daerah, Perpustakaan Awam Cawangan, Perpustakaan Desa dan Perpustakaan Komuniti. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download