Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Tawar, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah menyampaikan bantuan kepada pelajar dalam Program Corporate Social Responsibility (CSR) Kerajaan Negeri Pahang Dengan Kerjasama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Bersama-sama Penduduk Felda Sungai Retang di Balairaya Felda Sungai Retang hari ini.

MASALAH BEKALAN AIR DI SUNGAI RETANG SELESAI SEPTEMBER TAHUN HADAPAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mohamad Arfan Mohamad Nor Asmadi & Muhammad Shamim Aiman Shafiq Fauzan

JERANTUT, 14 MAC 2022 : Masalah bekalan air yang dialami penduduk Felda Sungai Retang dijangka dapat diselesaikan pada September tahun hadapan dengan pelaksanaan projek menaiktaraf loji rawatan air dan pembinaan tangki simpanan bernilai RM10.75 juta oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, YBhg. Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata projek ini melibatkan empat fasa tindakan melibatkan loji rawatan air (LRA) Seberang Tembeling oleh pihak PAIP dan Felda.

Beliau berkata pihak PAIP membesarkan LRA Seberang Tembeling dengan memindahkan komponen LRA jenis kompak dari LRA Peramu dan membina rumah pam penggalak baharu bagi mengatasi masalah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Tawar, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah menyampaikan bantuan kepada pelajar dalam Program Corporate Social Responsibility (CSR) Kerajaan Negeri Pahang Dengan Kerjasama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Bersama-sama Penduduk Felda Sungai Retang di Balairaya Felda Sungai Retang hari ini.

“Saya difahamkan masalah air di sini berlarutan apabila masuk masa kemarau, dimana masalahnya adalah jarak kampung ini yang jauh dengan loji iaitu lebih kurang enam kilometer, dan apabila air di muka sauk surut.

“Yang kedua, kapasiti air di loji telah menurun berbanding peningkatan pembangunan di mana ianya tidak selari dengan kapasiti air di loji Seberang Tembeling yang mana ia boleh menampung 120 meter cubed, tapi penggunaan air adalah 150 meter cubed, jadi kawasan hujung, kawasan tinggi tidak cukup pressure.

“Jadi kita memasang pontoon bagi memastikan kita boleh sedut air dengan lebih berkuasa lagi, dan kesemua ini menelan peruntukan sebanyak RM3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas menyampaikan bantuan kepada pelajar dalam Program Corporate Social Responsibility (CSR) Kerajaan Negeri Pahang Dengan Kerjasama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Bersama-sama Penduduk Felda Sungai Retang di Balairaya Felda Sungai Retang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, YBhg. Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Tawar, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah; dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.

Menurut beliau lagi, Felda juga telah memperuntukkan kira-kira RM7.6 juta bagi pembinaan tangki di kawasan tinggi serta kerja penggantian paip di kawasan ini.

“Dengan bantuan daripada Felda melalui YB. Dato’ Haji Nazri Ngah kita dapat lagi peruntukan RM7.6 juta untuk kita buat tangki di kawasan tinggi dan juga penggantian paip.

“Projek PAIP akan siap pada bulan November ini dan projek Felda difahamkan akan bermula pada bulan ini dan akan selesai dalam tempoh 18 bulan.

“Dan saya difahamkan akan ada rancangan membuka penempatan baharu kira-kira 400 unit lagi di masa akan datang dan projek ini akan memastikan keperluan air dapat dipenuhi dan dapat menampung pembangunan yang pesat di kawasan ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download