KUANTAN, 12 MAC 2022 : Encik Kamarulzaman Mohd. Fauzi @Jazuli, 50, yang sebelum ini koma di Korea Selatan telah dibenarkan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Balai, Jerantut selepas menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah berkata, beliau telah melawat Encik Kamarulzaman di rumahnya dan turut menyampaikan bantuan.
Katanya lagi, Kerajaan Pahang telah membantu menanggung pulang ke tanah air dan kos perubatan beliau di Hospital di Korea Selatan.
Sementara itu, Encik Kamarulzaman mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan YB. Dato’ Haji Nazri serta seluruh rakyat Pahang yang banyak membantu daripada rawatan di Korea Selatan hingga selamat pulang ke Malaysia.
Kamarulzaman yang berasal daripada Kampung Damak di sini akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Mac lalu sebelum dihantar ke HOSHAS untuk rawatan lanjut.
Beliau yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang tisu di Korea Selatan koma selepas muntah dan pengsan disebabkan pembuluh darah pecah selain terdapat darah beku di bahagian kepala di rumah sewanya.
Dia kemudiannya dirawat selama 35 hari sehingga kini termasuk 23 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Cheongju negara tersebut. – PAHANGMEDIA