Datuk Bandar MBK, YH. Dato’ Hamdan Hussin

MBK DALAM PROSES MEMASARKAN BANDARAYA SECARA MELUAS

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 09 MAC 2022 : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam proses memasarkan Bandaraya Kuantan ini secara meluas bagi menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini.

Datuk Bandar MBK, YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard 2022-2024 Peringkat Kebangsaan yang diterima merupakan satu pengiktirafan kepada MBK.

“Ini merupakan satu pengiktirafan atas usaha-usaha kita di bandar ini khususnya untuk menjadikan satu bandar yang bukan sahaja bersih tetapi yang lestari, sustainable.

Datuk Bandar MBK, YH. Dato’ Hamdan Hussin menerima Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard 2022-2024 Peringkat Kebangsaan.

“Dan pastinya harapan Bandaraya adalah kepada warganya, kepada komunitinya, kepada penggunanya, dan kita tahu ini satu pencapaian yang bukan mudah untuk kita perolehi dari ASEAN standard dan pastinya kelebihan apabila kita memenangi anugerah, kita berpeluang untuk memasarkan bandar kita ini ke peringkat antarabangsa dan seperti yang disebutkan oleh YB Menteri kelmarin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan Misi Bantuan Banjir Ke Hulu Terengganu di Foyer Kompleks Bandaraya Kuantan yang turut dihadiri Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang, Encik Sharudin Hamid.

Beliau berkata Bandaraya Kuantan juga merupakan salah satu bandar yang akan dimasukkan di dalam jadual MOTAC dan agen pelancongan.

“Dan kita (Kuantan) salah satu bandar yang akan masuk di dalam jadual MOTAC, dalam jadual agen-agen perlancongan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

“Ini bermaksud kita punya pemasaran bandar ini semakin meluas. Jadi ini sebenarnya advantage. Bukan sahaja kita memperkenalkan bandar ini, tapi apabila pelancong ramai datang, pengusaha hotel, rumah bajet, guest house, penjaja makanan, restoran, akan mendapat limpahan dan juga benefit daripada usaha kita ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, aspek kebersihan bandaraya ini juga sangat penting bagi menjadikan bandaraya ini sebagai bandar pelancongan yang meriah.

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard 2022-2024 Peringkat Kebangsaan.

“Dan saya sangat mengharapkan usaha pengekalan terutamanya aspek kebersihan menjadi satu imej yang amat penting untuk kita menjadikan bandar ini betul-betul bandar pelancongan yang vibrant, yang mampu untuk menarik dan kita memang bersaing dengan bandar-bandar lain.

“Dan semestinya juga saya adalah penglibatan oleh sektor swasta untuk perbanyakkan lagi aktiviti NGO bersama kami untuk perbanyakkan aktiviti dan perbanyakkan produk-produk pelancongan di sini. Saya dan pasukan saya sangat menyambut baik, kami akan jadi pemudah cara,” katanya.

Menurut beliau lagi, beliau berharap Kuantan akan menjadi destinasi pelancongan utama kepada para pelancong selepas ini.

“Saya ingin bandar kuantan menjadi satu destinasi pelancongan, jadi satu pilihan utama kepada pelancong sama ada apabila mereka menjejak kaki ke Malaysia, Kuantan menjadi destinasi utama mereka,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

Share this: