YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Pendidikan DG41 ‘Contract of Services’ dan Bonus Guru Bantuan Amanah Saham Pahang (ASPA) bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang, di Bentong, semalam.

KERAJAAN PAHANG PERUNTUK RM4.09 JUTA BAGI PELANTIKAN GURU SMA

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 9 MAC 2022 : Kerajaan Pahang bersetuju memperuntukkan sejumlah RM4.09 juta setahun bagi pelantikan guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Menengah Agama (SMA) di seluruh negeri ini.
 
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lantikan ini bertujuan memenuhi keperluan bagi perlaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di semua SMAN.
 
“Selain itu, Kerajaan Negeri turut bersetuju memberi bonus sebanyak RM1,200 kepada guru-guru Amanah Saham Pahang (ASPA) yang berkhidmat di SMA Negeri di seluruh Pahang.
 
“Baru-baru ini pula, kerajaan telah meluluskan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 dan DG44 bagi mengisi kekosongan jawatan Pengetua dan Guru Penolong Kanan Kurikulum,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Pendidikan DG41 ‘Contract of Services’ dan Bonus Guru Bantuan Amanah Saham Pahang (ASPA) bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang, di sini, semalam.
 
Malah katanya, Kerajaan Negeri turut menaikkan kadar banyaran pengurusan Peperiksan Sijil Menengah Agama Pahang melibatkan pertambahan sebanyak RM243,570.
 
Menerusi pembentangan Belanjawan Negeri Pahang baru-baru ini, sejumlah RM147 juta kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dan Jabatan Mufti merangkumi perolehan aset dan modal insan bagi sekolah dan masjid dan pembinaan serta penyelenggaraan bangunan di bawah pentadbiran JAIP.
 
Segala usaha dilakukan adalah insiatif daripada Kerajaan Negeri yang mementingkan agenda pembangunan institusi keagamaan dalam mengembangkan ilmu bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download