Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 07 MAC 2022 : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah menerima Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard 2022-2024 Peringkat Kebangsaan hari ini.
Anugerah ini disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri kepada Datuk Bandar MBK, YH. Dato’ Hamdan Hussin dalam satu majlis di Hotel DoubleTree, Kuala Lumpur.

Selain MBK, enam lagi penerima bagi anugerah ini iaitu Perbadanan Putrajaya, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Bandaraya Miri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dewan Bandaraya Kuching Utara, dan Majlis Perbandaran Sibu.
Anugerah ini dinilai berdasarkan tujuh indikator iaitu perlindungan alam sekitar, kebersihan, sisa buangan, kesedaran komuniti, landskap hijau, keselamatan bandar, dan infrastruktur pelancongan. – PAHANGMEDIA