Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada masjid yang terjejas akibat banjir

11 SURAU DAN MASJID TERJEJAS BANJIR TERIMA SUMBANGAN

Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 15 FEBRUARI 2022 : Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM202,100 bagi memulihkan masjid dan surau di sekitar daerah Kuantan dan Pekan yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dalam satu majlis penyerahan di Masjid Cenderawasih semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada masjid yang terjejas akibat banjir

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang turut menyerahkan dua cek bernilai RM15,000 kepada dua pusat tahfiz di negeri ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIP), YH. Dato’ Dr Haji Zulkifle Haji Ali Al‑Hafiz, Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura, YB. Dato’ Haji Shafik Fauzan Shariff dan ADN Sungai Lembing, YB. Dato’ Md.Sohaimi Haji Mohamed Shah.

Sehubungan itu, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, ucapan penghargaan harus ditujukan kepada YAB Menteri Besar Pahang yang begitu prihatin dengan keadaan masjid-masjid terlibat.

Beliau berharap sumbangan ini dapat membantu masjid dan surau yang mengalami kerugian akibat banjir berkenaan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds