Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, yang juga Ahli Dewan Negeri Guai, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman menyampaikan Kad Kesihatan Warga Emas di Balai Raya Kampung Guai hari ini

13 PENDUDUK KAMPUNG GUAI TERIMA KAD KESIHATAN WARGA EMAS

Oleh : Ain Nadhirah Basha

BERA, 11 FEBRUARI 2022 : Sebanyak 13 warga emas di Kampung Guai telah menerima Kad Kesihatan Warga Emas (Pahang Pride Kasih) yang bernilai RM500 setiap satu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, yang juga Ahli Dewan Negeri Guai, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman telah menyampaikan kad kesihatan PPK ini di Balai Raya Kampung Guai hari ini.

Kerajaan Pahang telah melancarkan Kad Kesihatan Warga Emas yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin pada 18 Januari lepas.

Pelancaran kad ini adalah bukti Kerajaan Pahang amat prihatin dengan kebajikan warga emas bersasar di negeri ini di mana seramai 18,000 orang penerima akan menerima kad bagi mendapatkan rawatan prosedur am di klinik-klinik swasta terpilih di seluruh negeri ini.

YB. Dato’ Sri Norolazali juga telah menyerahkan dan merasmikan set informasi digital smart solah sumbangan Kerajaan Pahang kepada Masjid Kampung Guai dan Masjid Bukit Kledang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download