Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah pada program pemutihan dan pemilikan tanah koperasi di kawasan Felda di Dewan Datuk Zaharuddin Abu Kassim, di Temerloh.

KERAJAAN NEGERI BUKA PELUANG KOPERASI MILIKI TANAH DI KAWASAN FELDA

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH, 8 FEBRUARI 2022 : Kerajaan Negeri mewujudkan sinergi baru kepada koperasi dengan memberi peluang memiliki tanah di kawasan Felda sekaligus membantu meningkatkan pegangan aset dan peroleh koperasi itu sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah berkata, peluang berkenaan membolehkan koperasi menjana pelbagai aktiviti ekonomi lain seperti program usahawan, tanaman buah dan sayur, ternakan dan pusat aktiviti koperasi di kawasan Felda.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah pada program pemutihan dan pemilikan tanah koperasi di kawasan Felda di Dewan Datuk Zaharuddin Abu Kassim, di Temerloh.

“Inilah hasrat Kerajaan Negeri di mana dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri baru-baru ini bersetuju dan secara dasar telah meluluskan pemberian hak milik kepada koperasi-koperasi atau pemilik-pemilik stesen minyak di kawasan Felda yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang sebarang status.

“Dengan pemilikan tanah Felda ini, mereka dapat terus beroperasi tanpa sebarang kerisauan kehilangan hak milik jika berlaku apa-apa pada masa akan datang. Kerajaan Pahang juga dapat memastikan pertambahan pendapatan warga peneroka dengan menjadikan koperasi sebagai platform perniagaan di Felda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program pemutihan dan pemilikan tanah koperasi di kawasan Felda di Dewan Datuk Zaharuddin Abu Kassim, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Negeri Pahang, Encik Radiatul Fitri Dollah; Pegawai Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang, Tuan Haji Ghazali Abu Bakar serta Principal Jurukur Kristal, Dato’ Sri Ishak Jaafar.

Dalam pada itu beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan membuat pemutihan kepada tanah-tanah yang menjalankan perniagaan di tanah milik negeri di kawasan Felda.

“Jesteru itu, koperasi perlu menjalankan tanggungjawab untuk memiliki tanah di kawasan Felda di mana ia akan memberi kesan limpahan pengganda ekonomi dan memakmurkan rakyat negeri ini bagi tempoh jangka masa panjang.

“Bagi Kerajaan Negeri sendiri, ia secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan negeri melalui hasil premium tanah,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download